Dapet dari milis niy:
Apabila anda ingin melihat kandungan data di dalam cakera liut (Floopy
Disk), adakah anda akan membuka “My Computer” atau pun “Window Explorer”
kemudian klik dua kali pada ikon pemacu disk? Anda boleh memudahkan tugas
ini dengan hanya melakukan sekali “double click” sahaja. Buat satu jalan
pintas “shortcut” pada “desktop” anda. Dari situ, anda boleh melihat
kandungan cakera liut hanya dengan melakukan klik dua kali pada “shortcut”
tersebut.
Untuk membuat “shortcut” bagi pemacu liut, letakkan ikon pemacu cakera liut
di dalam “My Computer” ataupun “Window Explorer”. Klik kanan pada gambar
ikon ini, tarik ia keluar ke “desktop” dan lepaskannya. Apabila menu “pop
up” keluar, pilih “Create Shortcut(s) Here”. Kemudian, namakan “shortcut”
ini kepada nama yang sesuai seperti “Floopy Drive A”. Cuba jalan pintas ini
dengan memasukan sekeping Disk ke dalam pemacu. Klik dua kali pada gambar
ikon. Kesemua kandungan fail akan dipaparkan pada “screen”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar